Friday, December 31, 2021

Titik perubahan - bila tak tahan dengan diri sendiri?

 Titik perubahan - bila tak tahan dengan diri sendiri?

Tak semua orang boleh atasi ‘ketakutan’ atau ‘fear’ mereka dengan mudah. Bila kita berjaya atasi, jangan pula pandang rendah pada orang lain. Selalu ingat, perjalanan hidup setiap orang atas muka bumi ni berbeza-beza tiap satunya. Hormat-menghormatilah apa yang setiap orang lalui dalam hidupnya. Setiap orang perlukan peringatan & nasihat. Salah satunya ialah cara mengatasi ‘fear’ tersebut.

Bila kita cuba perhatikan dengan baik, salah satu kesilapan kita yang memakan masa bertahun-tahun dari kehidupan yang kita lalui adalah dengan hidup takut untuk membuat silap. Orang yang memberi inspirasi biasanya banyak buat silap, buat perkara yang mereka tak pernah buat & sentiasa mecuba tanpa henti. Mereka akui bila gagal, memperbaiki & meneruskan cara mereka. Pada mereka, biarpun silap/gagal mereka belajar sesuatu yang berharga & ‘move on’.

Percaya bahawa setiap dari kita ada kemampuan ini, tak kira jantina, status & taraf hidup. Ironinya, “sesuatu yang kita takut sebenarnya adalah perkara yang sangat mudah bagi kita apabila kita berjaya melaluinya” betul tak? Kerana begitulah salah satu cara otak kita bekerja. Tiada yang lebih berkuasa dari daya pemikiran kita yang dikurniakan Allah Taala. Semua berpunca dari sumbernya iaitu fikiran kita.

Saintis baru-baru ini pun bersetuju bahawa ‘stress’ yang berpanjangan boleh mejadi punca kepada penyakit kronik. ‘Stress’ datang dari respon oleh minda kita. Betapa kuatnya kesan kekuatan minda sehingga boleh menjejaskan kesihatan. Cuba kita fikir & lihat, adakah tiap hari kita lakukan sesuatu untuk kesihatan minda & diri kita? Bahagiakah kita? ‘Stress’kah kita? Perlukah kita bawa perubahan kepada kehidupan kita sekarang? Sanggupkah kita bertangguh lagi?

Cepat atau lambat kita akan sedar yang akhirnya masalah dalam kehidupan takkan selesai dengan sendiri. Kita sedar kehidupan yang kita mahu takkan datang begitu sahaja. Kita hanya akan terus menunggu & melalui hari-hari tanpa ada perubahan. Kita hanya akan ‘menggadaikankesihatan, kebahagiaan, masa, & orang-orang yang kita sayang jika kita tak ambil tindakan. Perkara pertama yang boleh kita lakukan ialah memproses keadaan kehidupan kita sekarang. Lepas tu tanya pada diri, Adakah kita betul-betul sedar & mahu ‘hadap’ perkara-perkara ni? Makin kita berlengah makin besar pula ‘kegusaran’ terhadap ‘keselesaan’ kita setiap hari dan masa depan pula semakin kelihatan ‘menakutkan’.

Titik permulaan perubahan ialah bila kita sedar yang kita tak mampu lagi untuk tunggu. Kita sedar kita harus lakukan sesuatu. Kita sedar kita harus bawa perubahan kepada diri kita, hubungan kita dengan diri sendiri, hubungan kita dengan Ilahi, ‘family’ & ‘environment’ kita. Kita telah sampai pada tahap yang kita akan melepaskan segala identiti masa lalu kita tak kiralah identiti itu dibentuk sejak kanak-kanak ataupun sekadar personaliti rekaan kita. 

Di situ lah bermulanya diri kita yang akan mengatasi segala jenis ketakutan atau that so called ‘fear’. Untuk sampai ke tahap kesedaran ini pun adalah satu pencapaian bagi kita. Tahniah. Masa sekaranglah adalah masa yang tepat untuk ‘lihat’ & ‘hadap’ kepada hakikat kehidupan kita. Bak kata orang, ada perkara yang kita taknak hadapi TAPI tiada perkara yang kita tak boleh hadap.

“The cure of the pain is in the pain.” 

- Rumi 

Belajar untuk terima kenyataan hidup kita sekarang & cari tahu di mana masalah dan penyelesaiannya. Bila minda kita telah pun mencapai titik pertama ‘self-realization’, apa pun kesukaran yang berlaku dalam menyelesaikan perubahan tersebut hanya akan menambah kekuatan & keyakinan kepada kita. Di situlah terbinanya kekuatan yang kita tak tahu telah pun ada dalam diri kita. Hebat kan?

Perkara seterusnya selepas kita ‘decide’ untuk ubah kehidupan kita adalah dengan teknik ‘memberitahu fikiran kita’. Ia boleh dikatakan sebagai satu kaedah atau ‘simple engineering’ dalam cara kita berfikir. InsyaAllah kita akan share lebih detail di thread yang seterusnya. 

Semoga kita terus ‘hadir’ dalam memperbaiki kehidupan kita setiap hari! 

 

-twm


 

Tuesday, December 21, 2021

Hidup atau sekadar ‘sibuk’?

Hidup atau sekadar ‘sibuk’?

Are you really ‘living’ or just ‘busy’?

Pernah tak rasa kita macam berpusing-pusing dalam satu ‘loop’ ? Kita bekerja tanpa berfikir, pagi ke malam, minggu ke bulan ke tahun & seterusnya, berlalu macam bayangan je.

Apa pun kita buat akan rasa sama je, tak kisahla walaupun dah bermacam-macam kerja kita buat tapi perasaan tu sama je & hari ke hari yang kita rasa hanyalah penat? 

Kita selesaikan banyak masalah setiap hari, terkejar-kejar buat satu kerja ke satu yang lain. Kita hidup dalam ‘bayangan masa depan’, berterusan buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu pada masa akan datang, tapi kita lupa untuk hidup pada masa ni. Masa sekarang.

Kita habiskan banyak masa sibuk dengan kerja & kehidupan seharian dari bersama dengan orang-orang yang kita sayang. Bila ada dengan mereka, kita sibuk melayan telefon, tv, & lain-lain.

Lepas tu kita rasa penat & kita anggap yang kita banyak bekerja.

Apa perasaan kita kalau sebenarnya bukan itu sebabnya?

Sebenarnya kita letih melalui hari-hari yang kita lalui bukan sebab banyak kerja yang dibuat, tapi sebab benda tu bukan kerja yg memberi ‘makna’ buat kita. Sedih kan?

Kalau kita sedar, perasaan ‘letih’ ni la yg banyak mengundang masalah dari emosi yang tak menentu & membawa kepada tindakan yang tak seimbang dengan keadaan sekeliling kita.

Jadi sebenarnya, suka atau tak, sedar atau tak, kebanyakan masalah yang menjadikan kita rasa tertekan/stress datang dari dalam diri kita juga.

Cuba untuk duduk bertenang & banyakkan untuk ‘reflect’ diri & fokus pada masa sekarang sebab banyak benda sebenarnya yang boleh diperbetulkan (insyaAllah). 

Bila kita ada sebab & kerja yang kita buat betul-betul beri ‘makna’ pada kita, kita akan jarang rasa ‘letih’. Kita akan sentiasa bangun setiap hari dengan semangat yang mengatasi rasa ‘letih’ tu. 

Kalau ada yang dah mula peduli dengan soalan ‘Apa yang aku buat ni?’ ‘Apa tujuan aku sebenarnya?’ ‘Macam ni ke diri aku?’ ‘Apa yang aku nak sebenarnya?’ Kita dah ada kesedaran tu sebenarnya. Cuma atas kita je nak buat sesuatu atau tak. Dan kadang-kadang perasaan nak ubah tu datang dengan sangat kuat bila kita ditimpa macam-macam masalah/musibah yang besar.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ubah benda ni? Boleh ke?

Jawapannya ye, memang boleh pun.

Sebab semua benda yang bermula dengan diri memang boleh dibentuk dengan skill & usaha. Tiada apa pun yang tetap dalam dunia ni. Yang penting kita tahu diri kita sama ada kita mahu atau tak.

“Peace & Hapiness cannot be bought,

They must be EARNED.”  

Kalau kita tak cukup kuat macam mana? Jangan lemah, kebahagiaan kita adalah satu-satunya benda yang berbaloi untuk diperjuangkan. 

Sebab bila kita dah ada ‘caranya’, tiada apa pun yang boleh jadi penghalangnya. Hari-hari akan jadi lebih bermakna, kita lebih tenang & ‘hadir’ dalam setiap hari yang kita lalui.

Setiap orang berbeza-beza perjalanannya, ada yang dah berjaya mencari diri, ada yang masih berusaha & ada yang cepat & ada yang lambat. Ada yang dah tahu & ada yang masih kabur & perlukan peringatan.

Perlu ingat, perjalanan mencari diri ni adalah ‘lifelong journey’. Ia adalah perkara yang membuat kita tenang & bahagia setiap hari hingga ke akhir hayat kita. 

Jadi, selamat memulakan perjalanan mencari diri kita semula. Pada yang nak tahu lebih lanjut dalam cara mencari diri, kita akan kongsikan dalam thread seterusnya. InsyaAllah. 

-twm